Pada suatu pagi di satu sekolah
menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang
secara am. Dialog di antara pelajar dan
guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang saya suruh. Ikut je
ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus
buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan
sambil memandang rumput di depan kamu,
pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah rumput yang
PALING cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke
kelas, tiada pun rumput yang berada di
tangannya. Maka cikgu pun bertanya
kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas
rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang
paling cantik. Memang ada banyak yang
cantik tapi cikgu kata petik yang paling
cantik maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
boleh menoleh ke belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya,
apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah
kita hendak mencari lagi yang lebih baik
daripada itu. Kita patut hargai orang
yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh
ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah
kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak
lagi yang cantik dan baik seperti rumput
tadi. KECUALILAH jika perhubungan
tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas
No comments:
Post a Comment