Okay, Baby nak tips untuk rasa ingin bercinta kembali ya? Ingin rasa boleh menerima orang baru, dunia baru, cinta yang baru kan?
1st ~ Tanya diri Baby, apa yang you mahu sekarang ni…jika mahu seorang kekasih, kekasih yang macamana…rupa dia, jalan dia, makan dia, buatkan list apa yang you suka dan mahu dari lelaki yang you nak jatuh cinta tu. Tuliskan sebanyak-banyaknya…buat senarai panjang apa Baby paling suka dan tak suka, tulis in detail. INI PENTING!
2nd ~ Bila sudah ada list…BUKAKAN HATI kepada semua lelaki yang hadir, kemudian check list you…adakah dia berada di dalam kategori yang you suka atau tidak. Teruskan menambah kenalan…JANGAN jatuh cinta dulu. Kawan ramai-ramai…dan pilih, yang manakah paling banyak kena dengan check list you…
JADI, apabila Baby bertemu dengan lelaki yang banyak mempunyai perkara yang Baby suka, mungkin dalam masa yang singkat, you akan gembira dengan perhubungan baru itu dan pastinya cinta kan bersemi!
*Problem bila you susah nak jatuh cinta lagi adalah HANYA kerana belum bertemu dengan yang betul-betul TEPAT! Kita akan sentiasa mengatakan kekasih yang hilang itulah yang terbaik…sedangkan, Tuhan sudah berjanji, “Setiap kejadian ada hikmahnya yang LEBIH BAIK LAGI untuk kita!”
SO, list itulah yang PASTI akan membuka mata kita nanti! TRYlah… ![]()
No comments:
Post a Comment