Seringkali kita menafsirkan bahawa kasih dan sayang merupakan suatu definisi yang sama. Namun pada hakikatnya kasih sayang merupakan dua perkataan yang berbeza iaitu kasih bermaksud cinta atau suka yang menunjukkan rasa akrab atau setia. Manakala sayang bermaksud hormat yang menunjukkan rasa perihatin. Adapun dalam penafsiran Al-Quran ungkapan bacaan basmallah yang bermaksud ?Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih? menjelaskan bahawa maksud kasih dikhususkan kepada hambanya yang beriman dan taat, berbanding dengan sifat pemurah Allah yang umum kepada semua umat manusia. Jelaslah bahawa makrifat tentang kasih lebih membawa maksud yang khusus berbanding sayang.
Persoalan yang cuba saya timbulkan disini ialah milik siapakah kasih yang sewajarnya kita berikan. Sekiranya kita kasihkan kepada semua orang siapakah orang yang kita patut utamakan. Bagaimana pula batasan setiap curahan kasih sayang kita terhadap sesuatu. Persoalan seperti ini perlu kita fikirkan kerana untuk membetuli fahaman sebahagian masyarakat kita yang kurang memahami konsep kasih sayang. Sebahagian daripada mereka menganggap kasih hanya diutamakan kepada teman hidup. Mereka seharusnya membuka kefahaman minda mereka dengan lebih meluas. Kasih sayang ini sebenarnya meliputi kasih kepada Tuhan, rasul, keluarga, saudara seagama, kepada orang lebih tua dan sebagainya. Namun begitu setiap kasih sayang yang dicurahkan hendaklah juga berlandaskan dengan syariat yang telah digariskan. Maka apakah boleh seseorang itu berkasih sayang dengan seorang yang bukan makhramnya. Sememangnya dibolehkan pergaulan antara lelaki dan perempuan selagi ia tidak menimbulkan sebarang maksiat atau fitnah dan tidak terlalu bebas. Tetapi sejauh manakah batasan syariat ini diamalkan teutamanya kita sebagai remaja masakini. Oleh persoalan inilah yang harus fikirkan untuk menimbangtara keadaan pergaulan disekeliling kita.
Ketahuilah bahawa cinta yang paling agung dan kekal abadi hanya kepada tuhan yang yang Maha Pencipta. Rasa kasih dan cinta kepada Allah dikatakan cinta hakiki kerana ia adalah cinta yang abadi jauh berbeza dengan cinta kepada makhluk yang bersifat baharu dan tidak kekal lama. Rasa kecintaan itu akan mendorong seseorang hamba itu untuk sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad pada jalan-Nya. Segala kenikmatan dunia yang fana dan persaan cinta kepada kekasih atau kaum kerabat tidak akan menghalang seseorang itu melakukan kebajikan. Hasil dari rasa kecintaan dengan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah akan menimbulkan kemanisan iman dalam melakukan ibadah. Segala perintah dan larangan-Nya dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa mempersoalkan setiap apa-apa yang terkandung dalam kitab-Nya. Sebagaimana sabda nabi s.a.w ?Tiga perkara sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman Iaitu: Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka?. (Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari)
Selain mengasihi Allah kita juga dituntut untuk mengasihi nabi junjungan kita. Sebagai umat bagi nabi akhir zaman kita seharusnya memberikan kasih dan kita kepada baginda kerana atas pengorbanan bagindalah kita sehingga kehari ini mendapat taufik dan hidayah Islam yang suci lagi hak disisi Allah s.w.t. Sekiranya diimbas kembali sirah baginda, banyak pengorbanan yang baginda lakukan demi kasihnya kepada umatnya. Sehinggakan waktu baginda hendak menghembuskan nafas terakhir, tidak terlepas dari mulut baginda untuk menyebut ?umatku?. Maka apakah pengorbanan dan jasa kita sebagai tanda kasih kita kepada baginda. Kita seharusnya melakukan segala yang dituntut oleh baginda, memperbanyakkan berselawat dan mengamalkan segala sunnahnya. Dan apakah wajar sekiranya kita mengingkari dan menghina baginda yang bakal memberi syafaat Uula diakhirat kelak.
Sehubungan itu kita juga diwajibkan mengasihi ibubapa. Sebagai anak seharuslah kita berjasa kepada mereka kerana tanpa kewujudan mereka siapalah kita semua, Segala kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita sejak kita kecil lagi, tidak pernah harapkan balasan. Segala yang mereka lakukan adalah semata demi kebahagian kita. Sewajarnyalah kita mengenang jasa mereka bukan sekadar dalam bentuk kebendaan bahkan yang utama ialah kasih sayang. Dikalangan mereka kita perlulah mengutamakan kasih kepada ibu. Seperti pepetah mengatakan ?Syurga itu terletak ditapak kaki ibu?, dan dalam Islam mengatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu kita. Maka seharusnyalah kita berbuat baik kepada mereka. Walaupun sesekali kehendak dan keputusan kita dihalangi atau dilarang oleh mereka, bukanlah mereka itu membenci kita tetapi kerana mereka menyayangi mereka. Ketahuilah bahawa segala suruhan dan larangan mereka mempunyai hikmat dan terletaknya keberkatan apa yang kita lakukan.
Kasih sayang juga perlu turut diwujudkan kepada saudara seagama kita. Sebagai umat bagi agama yang mementingkan pertalian ukhuwah kita seharusnya saling hormat-menghormati, mengutamakan keperluan saudaranya, memberi salam dan sebagainya. Mafhun daripada sabda Nabi s.a.w ?Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya lebih dari kasih akan dirinya?. Hubungan ukhuwah yang dianjurkan Islam sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan kepada individu juga masyarakat. Hubungan yang diredhai oleh Allah akan menghasilkan keharmonian dan kebahagiaan dalam masyarakat. Segala permusuhan dan hasad dapat dihindarkan dan setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah dengan adanya keperihatinan dan amalan bantu-membantu sesama saudara. Sesungguhnya pelbagai kelebihan dapat diperolehi dalam amalan kasih sayang sesama saudara. Persaudaraan dalam Islam diumpamakan sebagai sebuah binaan yang bergantung antara satu dengan yang lain. Sekiranya mereka saling kukuh-mengukuhi maka teguh lah binan tersebut.
Secara umumnya konsep kasih sayang dalam kehidupan seseorang manusia merupakan suatu perkara yang umum dan meluas. Naluri kasih sayang adalah fitrah semula jadi bagi makhluk yang hidup di atas muka bumi ini. Justeru berkasih sayang antara hamba dengan tuhannya adalah kasih atau cinta yang hakiki dan abadi. Kita makhluk yang mempunyai perasaan secara fitrahnya mencintai akan kebenaran, keamanan dan kasih sayang, dan sesungguhnya kasih dan cinta hanya lah berhak kepada Tuhan yang Maha Esa.
link:->http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=29572
No comments:
Post a Comment